Laman Utama

Pangkor Island Beach Sunset Pangkor Group Package Event Pangkor Island Ferry Services
Pangkor Island Beach Watersports Pangkor Island Hopping

Selamat Datang Ke Pangkor Package Dot Com..  Portal Percutian Pulau Pangkor Anda..

Anda memerlukan perkhidmatan kami untuk Penginapan @ Pakej Percutian yang bersesuaian dengan citarasa dan perbelanjaan anda? Hampir semua yang anda perlukan ada disini..

Kami menyediakan program dan pakej untuk percutian, kursus , program khas, sukan air, lawatan pulau, penginapan, kenderaan sewa, perkhemahan, tempat memancing dan lain lain lagi.. Kami menyediakan hampir kesemua jenis percutian dan program kepada golongan berkumpulan, individu, syarikat, pelajar dan sebagainya. Kami telah menyediakan yang terbaik serta harga yang berpatutan bagi memenuhi cita rasa tetamu yang memlilih pulau ini sebagai lokasi beristirehat dan beraktiviti. Penginapan pelbagai kategori ditawarkan dari kelas sederhana hingga ke kelas mewah. Kepada yang memerlukan kenderaan untuk disewa di pulau ini, kami ada menyediakan basikal, motorsikal, pelbagai jenis kereta dan van dengan harga yang berpatutan mengikut musim. Pembantu Perkhidmatan tetamu kami akan melayani anda pada bila bila masa yang anda perlukan. Hubungi Kami



Kepada penggemar sukan air dan penyediaan makan tepi pantai, BBQ pantai serta yang seumpamanya, kami ada menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokan diantaranya snorkeling dan pakej sukan air seperti Pakej Go - Fun Pangkor , Pakej Snorkeling , Pakej Fun Pelajar , Pakej Island Hopping , dan Pakej Day Trip (Pulang Hari) dan lain lain lain lagi. Pakej Hari Keluarga A dan Pakej Hari Keluarga B ada disediakan kepada kumpulan atau syarikat yang mahu mengadakan percutian tahunan kepada ahli keluarga atau kakitangan mereka. Pakej Keluarga juga ada disediakan kepada kumpulan keluarga (individu) yang mahu bercuti dan berehat dipulau ini. Kepada mereka yang berpasangan , kami ada menyediakan Pakej Pasangan Pangkor yang juga menyeronokan. Pakej Memancing juga ada disediakan kepada mereka yang sangat meminati memancing di laut dan sekitar pulau.

Pulau pangkor telah sekian lama menjadi pilihan kepada individu , keluarga , organisasi atau syarikat mahupun institusi kerajaan menaja percutian kepada kakitangan atau pekerja untuk bercuti secara berkumpulan. Biarpun pulau sembilan tidak menyediakan kemudahan penginapan seperti pulau pangkor, keindahannya tetap menggamit pencinta alam untuk menerokai keunikan gugusan kepulauan tersebut. Pulau ini juga menjadi syurga kepada penggemar aktiviti memancing. Kepada yang meminati untuk merasai keindahan dan keunikan pulau sembilan, kami adalah satu satunya wakil yang menyediakan pakej lawatan pulau pangkor - pulau sembilan untuk tetamu kami.

PULAU PANGKOR terletak di muara Sungai Dinding. Dari Lumut anda perlu menaiki feri untuk sampai ke Jeti Pangkor. Feri mengambil masa perjalanan 20 ke 30 minit setiap 30 minit sekali. Dari Jeti Pangkor akan menaiki teksi van untuk sampai ke Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Anda juga boleh menyewa van untuk bersiar-siar sekeliling pulau melawat kilang satay ikan, Taman Fu Lin Kung dan replika Tembok Besar Cina, pekan, Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung, Pasir Bogak dan Teluk Ketapang. Kereta Sewa dan Motosikal Sewa juga boleh didapati disini. Kepada para pelancong,

Terdapat juga pengendali pengurusan percutian dan pengurusan majlis yang terkenal dan menjadi pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negara disini. Diantaranya Pangkor Beach Dot Com EMC, Pangkor Guide Dot Com EMC , Pangkor Gate Dot Com EMC , Pangkor Liner Dot Com EMC

Pulau Pangkor mempunyai penduduk hampir 20,000 orang. Pekerjaan utama penduduk tempatan ialah menangkap ikan dan menghasilkan produk makanan laut. Industri kedua terpenting ialah pelancongan yang sedang meningkat maju. Pulau Pangkor dijangka menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia menjelang 2015. Pulau ini adalah destinasi popular bagi penggemar outdoor. Lanskapnya yang berbukit-bukau dan hutan hujan yang terpelihara adalah ideal untuk kegiatan merentas hutan dan aktiviti-aktiviti lain. Pulau ini menarik kerana pantai-pantainya yang cantik dan bersih. Di antaranya ialah Pasir Bogak, Teluk Ketapang dan Teluk Nipah. Kenali Pangkor untuk mencintainya! Pulau kecil di Selat Melaka ini mempunyai sejarah yang panjang, bangsa penjajah berperang untuk memilikinya dan kini pelancong asing jatuh cinta terhadap keindahannya. Hubungi kami